Siapa yang tidak mengenali model dan pelakon seksi, Alicia Amin, baru-baru ini dia dikecam oleh netizen kerana dia menyatakan pendapatnya di Twitter mengenai golongan LGBT boleh menipu sekiranya mereka mahu menderma darah.
Dia memberikan kenyataan tersebut setelah berkongsi tweet daripada Ir. Khairil Nizam yang memuat naik gambar syarat kelayakan untuk seseorang itu menderma darah.
Dia mengatakan dalam kenyataannya yang golongan LGBT boleh menipu status seksual mereka setelah mengemukakan peraturan menderma darah mengenai golongan yang tidak boleh menderma darah.
Point number 3 also means if you’ve had multiple sexual partners so this hospital/bank literally only taking blood from straight people who slept with 1 person in their life or virgins
I ain’t even mad, good luck finding honest donors. https://t.co/OqamdnzRij
— Alicia A✊🏽✊🏽 (@AliciaAmin) August 6, 2018
Netizen mengecam dan mengatakan bahawa dia seorang individu yang tidak bertanggungjawab dan bodoh kerana perkara tersebut mengundang kemudaratan kepada orang lain.
Tapi sebelum dia menghabiskan bebenangnya, netizen mengecamnya sebelum mengetahui isi kandungan dari apa yang cuba diberitahunya.
Sebelum anda mengecam, cuba baca dan fahamkan apa yang cuba diberitahu dan dikongsikan oleh Alicia sebenarnya. Selamat membaca!
I don’t know if y’all read threads but if you think I’m endorsing this, I’m not. This is basically was I was trying to say in 3 tweets. Hope this clears it up. pic.twitter.com/NfMCABJh2Y
— Alicia A✊🏽✊🏽 (@AliciaAmin) August 7, 2018