Baru-baru ini kecoh di laman sosial Twitter mengajak orang ramai untuk membuat laporan terhadap video lagu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri berkolaborasi dengan Nur Sajat dan Lucinta Luna berjudul Bobo Dimana agar pihak YouTube akan mengeluarkan video tersebut daripada youTube.
Rata-rata netizen beranggapan video tersebut tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana mempunyai unsur lucah yang hanya merosakkan minda.
ALERT !!
Jangan bagi anak anak , adik beradik, atau sape sje tgk video lagu “BOBO DIMANA”Dlm video tersebut mempunyai satu unsur iaitu “SOFT PORN”
Pergi you tube REPORT video ni. Kita maki hamun pun tak guna ..
Tlg gais! pic.twitter.com/iBQ5VNorsF— Faizal Annuar (@faizal_annuar) September 7, 2018
Lain sebab aku report sebab lagu selalu sangat berkumandang dalam otak aku, apa apa mesti bobo. Mandrem apa la dorang guna. So ini sebagai langkah keselamatan pic.twitter.com/k2VLpLAzJj
— Yasredz (@yasredz) September 9, 2018
Takleh brain lh kenapa lagu Bobo yang ada unsur 'softporn' tu boleh trending Top 1
Tak boleh ke kita report ramai2, kalau setakat dislike tak guna juga
— fk (@thefikriothman) September 9, 2018
Malahan, menurut netizen, Datuk Aliff sepatutnya tidak berkarya seperti itu kerana ianya tidak bagus untuk industri mahupun untuk tontonan umum.
Namun video ini sudah pun ditonton lebih 3 juta kali dalam masa 4 hari sahaja. Netizen tidak suka tetapi views tetap naik. Siapa yang tonton video lagu ini sebenarnya?