Penyanyi Elly Mazlein nyata rasa sangat kecewa dengan tindakan bekas suaminya yang bukan sahaja tidak memberi nafkah anak tetapi turut mahu pihak mahkamah memenjarakan beliau.
Walaupun sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing, pertelingkahan antara Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta masih berlarutan sehingga kini terutamanya dalam soal nafkah anak.
“Alhamdulillah di bulan yang Mulia kakak lina dapat keadilan. Mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk Penjarakan kakak lina. Salah satu alasan Azmi Hata kata kakak lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia,” jelasnya.
“Buat @azmi_hata, nak nikah berderet boleh. Nak anak ramai boleh, tapi bayarlah nafkah anak. Dah lah duit hantaran nikah dulu pun kakak Lina tak dapat. Duit iddah selepas bercerai pun tak dapat. Tapi kakak Lina tak kisah. Kakak Lina halalkan,” tulis Elly di video Instagram beliau.
Semoga Kak Lina sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan dan pertelingkahan dengan bekas suami dapat diselesaikan dengan cara yang baik.