Gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda ketika berada di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 di laman sosial Instagramnya mendapat kecaman netizen.
Gambar tersebut menunjukkan dia menggayakan gaun berwarna hitam dengan belahan di bahagian kaki dan digayakan bersama skaf mendapat kritikan netizen kerana tidak sopan.
Netizen menegur cara pemakaian dan catatan di gambarnya iaitu fesyen zaman nenek kau, yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Netizen beranggapan dia tidak menjaga sensitiviti agama dan dia dituduh seperti memperlekehkan agama.
Mungkin ada sesetengah netizen takut anak muda akan mengikuti caranya berpakaian. Anda haruslah pandai menilai apa yang patut dijadikan contoh.