Selepas kecoh dengan isu teguran Da’i Wan mengenai video Faiz Roslan dan dua rakannya yang dimuat naik di Instagram pada hari pertama ramadhan yang lepas, ramai pihak yang turut serta untuk memberikan komen kepada mereka bertiga termasuklah ‘teguran’ oleh Sharnaaz Ahmad. Video tersebut yang menunjukkan aksi ketiga-tiga mereka yang menari dan berpakaian menyerupai wanita bagaimanapun telahpun dipadam oleh Faiz Roslan dari Instagramnya.
Bagi menjernihkan semula keadaan mereka bertiga dijemput ke sebuah rakaman rancangan televisyen yang turut menampilkan Da’i Wan dan PU Azman.
Menurut Da’i Wan di Instagramnya, beliau memohon maaf kepada mereka bertiga sekiranya tersinggung dengan teguran tersebut. Tambahnya teguran tersebut tidak membawa maksud apa-apa melainkan atas dasar kasih sayang sebagai saudara seagama.
Diharapkan kejadian ini diambil sebagai iktibar agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.