Pelakon, Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap beliau yang berterus terang dan lantang di kalangan netizen, baru-baru ini kelihatan berang dengan sikap netizen yang suka menghukum dan mempersoalkan kredibiliti seseorang.
Sharnaaz Ahmad yang kelihatan berang melalui penulisan beliau di laman Twitter yang mengatakan netizen mempersoalkan kelayakan beliau dalam melakonkan watak seorang hero dalam sesuatu drama dek kerana netizen beranggapan wajah beliau yang tidak sekacak Syafiq Kyle.
Pada makcik / pakcik bawang tu, sedap jugak mulut komen itu ini, kalau anda nak muka ala shafiq kyle, anda ada tak muka ala ala hana delisha?? Kalau muka pon penyendal pintu, harap kurangkan sikit bawang tu, takut pedih mata org tgk.. ππΌπ
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) August 11, 2018
Sharnaaz Ahmad berkata, netizen yang berkata seperti itu tidak layak sama sekali untuk mengkritik kelayakan beliau sekiranya netizen-netizen tersebut tidak secantik Hanna Delisha.
Beliau juga memberi respon kepada salah seorang netizen yang berkata bahawa beliau seakan memaksa netizen untuk menonton drama yang dilakonkan beliau di slot Akasia TV3 bersama Ayda Jebat.
Cuba sebut nama awak laju laju .. kan bunyi sama nama kita π jadi jom tgk ok.. jgn memilih sgt, kat malaysia ja pun, mana ada tom hanks atau tom cruzz.. k k k π https://t.co/sQnNxXgdqb
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) August 10, 2018
Tak paksa, lantak hang lah, tak rugi pun hang tak tengok.. dok hmm hmm kena pangg sekali baru ada akai.. https://t.co/hkMpjvo00z
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) August 11, 2018
Berikutan isu tersebut, sebelum ini Sharnaaz Ahmad pernah bertanya kepada netizen adakah Cinta Bukan Kristal lakonan beliau bakal menandingi jumlah tontonan dari drama Jangan Benci Cintaku yang telah berakhir baru-baru ini.
Saja nak tanya boleh tak cinta bukan kristal lawan 12 juta penonton jangan benci cintaku? Persaingan sihat sesama rakan..so boleh atau tak?
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) August 10, 2018
Dinasihatkan kepada netizen di luar sana, janganlah terlalu memilih untuk melihat sesuatu drama mahupun filem yang dilakonkan oleh selebriti Malaysia kerana sebagai orang Malaysia kita seharusnya menyokong hasil karya yang dihasilkan oleh selebriti tempatan dan bukannya menghukum setiap kesalahan seseorang itu.
Kita perlulah memberi peluang kepada Sharnaaz Ahmad dan selebriti-selebriti lain untuk menonjolkan bakat yang sedia ada pada mereka dapat dipertontonkan kepada umum.