Faizal Hussein, pelakon, beliau tidak berniat untuk ‘demand’ dalam menerima watak bapa bahkan beliau tidak kisah melakonkan watak tersebut asalkan bukan kepada anak yang lebih matang dan berusia.
Beliau juga mengatakan bahawa beliau peka terhadap tawaran yang diberi dan memastikan usia pelakon yang akan menjadi anak beliau ialah kanak-kanak atau remaja kerana beliau bimbang melakonkan watak dengan baik jika jarak umur tidak jauh berbeza.
Beliau sebagai seorang pelakon, beliau harus memastikan watak individu yang akan menjadi anak beliau itu sesuai agar tidak kelihatan kekok.
Dalam penghasilan sebuah karya yang berkualiti, selain mempunyai naskhah yang bagus, pelakon juga memainkan peranan yang penting. Penghayatan watak pelakon itu yang dapat menghidupkan sesuatu naskhah itu.