Baru-baru ini tular video di laman sosial apabila penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang pekerja beliau.
Pekerja kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu pengantin perempuan yang bernama Siti Fairuz atau lebih selesa dipanggil CF yang dikatakan cemburu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila orang ramai lebih memberi tumpuan kepada penyanyi tersebut.
Namun, apa yang diperkatakan oleh orang ramai adalah tidak sama sekali apabila pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak tampil menjelaskan situasi sebenar dimana pengantin perempuan hanya berasa risau sekiranya Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menjamu selera dengan selesa dan tiada istilah cemburu dalam dirinya.
Rozi berkata lagi, pengantin perempuan tersebut sering menjaga Datuk Seri Siti Nurhaliza dan berasa bertanggungjawab sebagai tuan rumah untuk mejaga dan memastikan Datuk Seri Siti Nurhaliza selesa di majlis perkahwinan beliau.
Rozi menyifatkan sikap yang kurang sopan netizen itu yang meninggalkan komen-komen yang ‘memalukan’ itu dapat menjatuhkan air muka pengantin serta merosakkan saat-saat gembira pengantin di hari majlis perkahwinan beliau.