Komposer dan pemuzik, Edrie Hashim telah membantah pendapat sesetengah pihak yang menyarankan agar anak-anak autism tidak seharusnya didedahkan di dalam khalayak umum.
Edrie berkata, anak autism juga merupakan manusia biasa yang menginginkan kasih sayang dan perhatian daripada orang sekeliling. Edrie membuat kenyataan tersebut setelah menyedari satu komen daripada individu yang bagi beliau ‘kurang bijak’ mengenai penjagaan anak autism di laman Facebook milik Edrie.
Ya Allah, berapa ramai lagi orang2 macam ni yang harus kami tempuhi? 😞 #autismawareness pic.twitter.com/fHICz0YpB6
— edrie hashim (@edriehashim) September 17, 2018
“anak yg begini rupa??? dia tetap manusia ciptaan Tuhan tak ada bezanya dgn kamu !!kau suruh kami kurung ke anak ini?apa bodoh sangat kau ni ?? salah satu terapi anak2 ini ialah expose kan dia kedunia luar… pemikiran kau ni terlampau bodoh”
Edrie juga menyatakan bahawa mendedahkan dunia luar kepada anak autism adalah salah satu terapi untuk biarkan mereka supaya tidak berasa dipinggirkan oleh orang sekeliling.
Kepada individu di luar sana yang ingin memberikan pendapat berkaitan penjagaan anak-anak autism adalah tidak menjadi satu masalah sekiranya individu tersebut masih menjaga hati dan perasaan ibu dan bapa anak-anak autism dalam mengajukan sesuatu pendapat.
Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia‘
Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!
Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.
Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.
Jumpa anda di sana!