Pendedahan yang dilakukan oleh isteri Dato’ Fazley, Azrene Soraya yang juga merupakan anak kandung Datin Seri Rosmah Mansor, benar-benar menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Pendedahan tersebut adalah mengenai layanan buruk dan ‘penindasan’ yang dilakukan orang suruhan bekas first lady Malaysia tersebut.
Terkini, Dato’ Fazley menyatakan bahawa pendedahan yang dilakukan sebelum ini adalah mengikut wasiat yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya Datuk Yaakob Mohammad. Tambahnya beliau dan isteri tidak menyimpan apa-apa dendam terhadap ibu mertuanya atas tindakan tersebut.
Tambahnya lagi, beliau hanya menurut amanat terakhir arwah ayahnya untuk menceritakan kepada umum mengenai kisah hidup beliau, isterinya dan ayahnya mengenai kisah sebenar. Beliau dikurniakan 4 cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 13 tahun bersama Azrene.
Bagaimanapun, pendedahan tersebut turut mengundang reaksi yang bercampur-baur dari netizen terutamanya golongan ‘makcik bawang’ yang menyifatkan pendedahan ini sebagai membuka pekung keluarga.