Netizen memuji tindakan Fazura menampilkan model berbadan gempal untuk mempersembahkan koleksi pakaiannya di Kuala Lumpur Fashion Week 2018.
Model tersebut iaitu Monalisa menzahirkan rasa terima kasih kepada Fazura kerana memilihnya sebagai model dan Fazura memilihnya untuk membuktikan bahawa isu ‘body shaming’ bukan bahan jenaka dan semua orang berhak dilayan sama rata.
Berikutan isu ‘body shaming’ yang dibangkitkan, netizen beranggapan yang Fazura menggunakan model berbadan besar untuk memerli Faezah Elai.
Netizen juga memuji gimik persembahan Fazura setanding pertunjukkan fesyen antarabangsa.
Anda diluar sana yang selalu menggunakan isu ‘body shaming’ untuk memalukan orang lain mungkin boleh berhenti melukakan hati orang lain sekarang.