Jutawan kosmetik, Safiey Illias baru-baru ini telah mengadakan rumah terbuka dengan menjemput anak-anak yatim dan tahfiz, namun beliau telah dikecam peminat malah ditegur oleh PU Amin dimana majlis itu tidak sesuai dengan adegan yang tidak elok dan boleh memberi impak negatif kepada anak-anak tahfiz itu.
Safiey Illias telah mengakui kesilapannya dalam hal tersebut kerana adegan tersebut sangat memberi kesan kepada mereka semua dan ianya sangat tidak relevan untuk dilakukan ketika majlis itu dihadiri oleh anak-anak yatim dan tahfiz.Isu tersebut juga dikatakan seperti Safiey Illias mempermainkan agama Islam yang mulia itu.
Safiey Illias telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram beliau berkaitan isu tersebut setelah hampir keseluruhan orang ramai memperkatakan isu tersebut dan syukur beliau menerima teguran-teguran itu dengan hati yang terbuka.
Alhamdulillah dan syukur kerana Safiey Illias dapat menerima isu yang tular itu dengan hati yang terbuka dan bersedia memohon maaf secara terbuka akan kesilapan yang dilakukan oleh beliau.Apapun, kita juga harus sedar, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan sebagai saudara sesame Islam, kita perlu memainkan peranan penting untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.