Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai wajah sebenar ‘wanita iblis bertelekung’ dalam Munafik 2 yang menjadi perhatian orang ramai.

Rata-rata memuji wajah pelakon Weni Panca tersebut yang cantik. Weni Panca adalah pelakon dari negara seberang yang diberi kepercayaan oleh Syamsul Yusof untuk memegang watak ini. Beliau baharu 2 tahun berkecimpung dalam industri lakonan.

Berikutan filem Munafik 2 yang hangat ditayangkan di pawagam, Weni Panca juga menerima mesej di laman sosial Instagramnya kenapa beliau yang memegang watak syaitan menganggu ustaz Adam di dalam filem tersebut.

Memang cantik Weni Panca ini. Agaknya jika syaitan secantik ini kacau hidup anda, anda mahu lari atau tidak?

© 2025 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group