Semalam Janna Nick memuat naik sekeping gambar di Insta story miliknya mengenai khidmat berbayar yang menarik perhatian umum.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan beliau yang menawarkan khidmat ucapan berbayar untuk peminatnya sebanyak RM50 untuk satu ucapan dan tag nama peminat tersebut di Insta story.
gila artis sekarang ni. nak suruh wish birthday pun kena bayar RM 50 💆🏻♀️ pic.twitter.com/ujyt4i1sgH
— AK (@azrakrm) September 26, 2018
Kebanyakan netizen merasakan hal tersebut tidak wajar kerana tanpa peminat siapalah beliau sebagai selebriti, malah Janna Nick seperti mengambil kesempatan terhadap peminatnya.
Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda akan bayar Janna Nick semata ingin dapatkan ucapan hari lahir?