Fathia Latiff yang memuat naik gambar di laman sosial Instagramnya mendapat kecaman netizen semalam.
Ada netizen yang mengatakan gambar yang dimuat naik menunjukkan Fathia seperti ‘porn star’ dan gambar sebegitu tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum dan dia yang membawa imej wanita bertudung sangat tidak sesuai bergaya sedemikian rupa.
Gambar tersebut diambil dan dimuat naik oleh Fathia bertujuan untuk mempromosikan produk rakannya iaitu Zarina Anjoulie.
Apa-apa pun nampaknya Fathia Latiff ni seperti tidak peduli lagi dengan kecaman. Semoga teguran yang berterusan akan buka hati Fathia untuk lebih berhati-hati di laman sosial.