Penyanyi, Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli yang telah banyak menerima kecaman daripada netizen kini mengakui sudah lali dan tidak mahu ambil peduli akan kata kata tohmahan daripada netizen.
Haqiem Rusli menganggap kesemua kecaman, hinaan yang dilontarkan kepada beliau itu satu pengajaran dan dapat dijadikan sebagai satu kata-kata untuk menjadikan beliau lebih matang dan berfikiran terbuka.
Terbaru apabila kata-kata “Pergi Mampus Haqiem Rusli” yang dikatakan oleh Noh Hujan ketika mengadakan persembahan bersempena Love Suria Charity dan mendapat respon daripada orang ramai yang hadir.
Seorang individu yang hadir di persembahan itu telah menulis status beliau di laman Twitter yang mengatakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Noh Hujan itu adalah satu kata-kata yang bagus namun ada individu yang tidak menyokong kenyataan tersebut dan berkata supaya Haqiem Rusli mempunyai bakat yang besar dan diharapkan orang ramai dapat memberikan beliau peluang memperbaiki diri.
Last night was lit🔥 Love Suria Charity
@hujanband memang terbaik. Nice quotes from @MohdNohSallehPergi mampus Haqiem Rusli!!!! pic.twitter.com/6EDBNjJnAq
— Muhammad Nur Fahim (@_fahimfuad) August 18, 2018
Statement “Pergi mampus Haqiem Rusli!” buat aku layan semua lagu dia mlm ni. The whole playlist.Punyalah melekat feel dan vokal pun sedap utk setiap lagu. Dont kill his interest plz. Like it or not his songs is in every charts. Ini era HR! 💪🏻👍🏼
— LaLan (@lalanzanudin) August 22, 2018
Haqiem Rusli turut menulis status di laman Twitter beliau dengan mengatakan perbuatan menunjukkan kematangan seseorang dan beliau akan mencuba untuk menjadi matang selepas ini.Beliau sudah tidak peduli sekiranya ada yang ingin membenci ataupun menghina beliau kerana bagi beliau selagi beliau tidak mengganggu sesiapa itu sudah memadai.
“Biarlah siapa yang nak benci saya, kutuk serta hina. Asalkan saya tak ada kacau orang.”
“Kadang-kadang perbuatan mereka tu menunjukkan siapa lebih matang. Bagaimanapun, terima kasih.”
“Aku akan cuba keluarkan lagu-lagu yang berkualiti.”
Orang ramai mahupun rakan selebriti diharapkan memberi peluang kepada Haqiem Rusli untuk memperbaiki diri beliau dan bukannya terus menambahkan lagi kebencian dikalangan netizen-netizen yang sudahpun membenci diri beliau.