Fizo Omar atau nama sebenar Wan Hafizul Wan Omar, telah berkahwin dengan Mawar sejak 10 November 2013 namun terpaksa menunggu 4 tahun untuk memperolehi cahaya mata pertama mereka.Mereka yang begitu teruja untuk menerima ahli baru dalam keluarga sehingga sentiasa membeli baju bayi setiap kali mereka pergi ke setiap tempat.
Pada 29 Disember 2017 , mereka dikurniakan cahaya mata perempuan dan diberi nama Wan Maryam yang kini sudah berusia tujuh bulan berkat kesungguhan dan doa kepada Allah.
Baru-baru ini , Fizo Omar memuat naik gambar puterinya di instagram miliknya berkata puterinya itu menukar baju hampir lebih 10 kali dalam satu hari disebabkan baju-baju ini terkumpul sejak lima tahun lalu ketika awal perkahwinan mereka.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan ada pengakhiran yang baik.Fizo Omar dan isterinya boleh dijadikan contoh kepada pasangan kahwin yang lain supaya terus berusaha dan sabar dalam mendapatkan zuriat dan selebihnya berdoa kepada yang Maha Esa.