Baru-baru ini salah seorang ikon belia yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah dijemput oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail (FBI) sebagai tetamu FBI Live. Rancangan tersebut memberi ruang kepada orang ramai untuk berbual secara langsung dengan YB Nurul Izzah melalui panggilan telefon ke konti tersebut.
Namun begitu, satu insiden yang agak awkward terjadi apabila seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Azrul” menelefon ke konti semata-mata untuk menegur tudung YB Nurul Izzah yang terselak hingga menampakkan bahagian dada beliau.
Mamat tegur Izzah kat radio pasal tudung dia. #patriarchy #kerjalaintakde pic.twitter.com/vGLJLUhTix
— Stevie Chan, Esq. (@tapaimalaya) May 25, 2018
Menurut Azrul, dia berjumpa dengan YB Nurul Izzah ketika dia bertugas di pejabat Bernama. Teguran yang begitu terbuka itu menampakkan riak terkejut yang begitu nyata pada wajah YB Nurul Izzah. Potongan video tersebut yang kemudiannya tular dan menarik perhatian netizen yang turut tidak senang dengan teguran terbuka tersebut.
Jelas sekali orang ramai menganggap teguran tersebut lebih terarah kepada memalukan dan menjatuhkan air muka seorang wanita. Berikut antara komen orang ramai mengenai kurangnya budi pekerti seorang manusia yang tidak peka dengan batas bicaranya di khalayak umum.
Baru lepas tengok video mamat tegoq yb izzah pakai tudung cover takmau nampak buah dada and now aku rasa dah takmau jadi lelaki sebab lelaki bodo
— rendi (@randirahman) May 24, 2018
Most her tudung and attire are mostly decent and syariah compliance. Unless that guy yang dok tenung tenung badan YB di tempat sepatutnya… Eww.
— Nobody (@RaymondRahman) May 25, 2018
And we continue to wonder why agama Islam itu dipandang rendah dan dihina oleh agama lain, and some Muslims itself. This is not okay 😡 Dah dah la tu acah pandai ilmu agama kalau guna agama sekadar untuk mengkritik
— nur syafinaz ameera (@syafinazameera) May 25, 2018
Ingat Nurul Izzah tu bini dia ke sampai nak tegur openly macamtu? Gila punya orang. When will people realize yang tegur openly tu sama ja kau hina dia depan orang ramai. Eiiiiiiii geramnya aku aldjsksblajska
— Syafiqah Zakariah (@IamSyafiqahZack) May 25, 2018
Totally that man are pervert. But nice tegur tapi tayah sampai statekan details kot.
— 🇲🇾 (@IMMUHDHILMI) May 25, 2018
"Nampak bentuk tu" pun yb dah boleh faham kot rasanya no need to mention those part. Aduh azrul aduhhhhh. Nak tegur tapi tak jaga air muka orang ke macam mana ni
— Puspawati |プリン| (@annasism) May 25, 2018
This proves that hijab or no hijab men would still ogle the breast of the women. That man lacks of self-control i wonder if he truly understands what fasting really is.
— Bronto (@rightfulsuccor) May 25, 2018
YB Nurul Izzah tidak berdiam diri, berikut merupakan respon beliau yang dikongsikan di laman Twitternya.
Appreciate it dear.Initially, I was taken aback. But heartened by the sensitivity and grace of so many in defence of women ewhere. Such invasiveness smacks of the sexism and harassment women have had 2 endure.We must push back , inculcate better appreciation& treatment of women. https://t.co/3LUYlN7uKU
— Nurul Izzah (@n_izzah) May 25, 2018
Pada hemat kami, tidak salah untuk menegur tetapi janganlah sehingga menjatuhkan air muka seseorang kerana teguran secara berhemah melambangkan mentaliti seseorang. Jika hendak menegur sesuatu yang agak sensitif tegurlah secara peribadi.