Setelah pendedahan mengenai kisah hidup keluarganya yang ‘diganggu’ oleh pihak yang berkelas tinggi negara, sekali lagi Dato’ Fazley tampil menceritakan kisah di hari pernikahannya pula.
Menerusi post terbaharunya di Instagram, beliau menyuarakan mereka tidak begitu mengingati kenangan ketika hari perkahwinan 13 tahun yang lalu akibat tekanan dan ketakutan yang lebih menyelubungi suasani pada hari tersebut.
Tambahnya lagi, pihak media tidak dibenarkan untuk membuat liputan di majlis perkahwinan mereka. Lebih teruk lagi jika ada individu yang menulis mengenai mereka akan dikenakan tindakan seperti dibuang kerja atau dipindahkan jabatan. Tidak kurang dengan insiden kereta tetamu ditoreh menyebabkan tidak ramai yang berani hadir.
Caption diakhiri dengan gurau sendanya yang menyatakan keinginan untuk bersanding sekali lagi dengan isterinya, Azrene. Diharapkan agar hajat beliau kesampaian sekaligus memberi peluang kepada rakan-rakan media untuk membuat liputan tanpa apa-apa sekatan kali ini.