Pengarah Namron meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan filem One Two Jaga kurang mendapat sambutan hangat semalam.
Beliau juga mengatakan bahawa sebelum ini ramai yang mengatakan akan menyokong untuk menonton filem tersebut tapi sambutan yang diterimanya amat menghampakan.
Salam,
Kalu belek kat sosial media banyak yang cakap support, dah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam2 lagi tapi di panggung kosong takde orang. Baru ai sedar ai terpedaya dengan kata2 manis. Takpe lepas ni ai buat filem porn pulak mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu.— Ron Two Jaga (@_Nam_Ron_) September 6, 2018
Beliau juga mengatakan bahawa beliau menghasilkan filem yang agak ringan untuk menarik orang ramai menontonnya tapi tidak mendapat sambutan.
Menurutnya, mungkin jika beliau menghasilkan filem yang bergenre porno mungkin orang akan datang untuk menontonnya.
Mungkin orang ramai masih tak tahu filem One Two Jaga sudah ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita menyokong filem tempatan. Bagi yang belum tahu filem tersebut berkisarkan apa, marilah kita menonton trailer ini bersama-sama.