Penyanyi Haqiem Rusli dikritik oleh netizen akibat kelakuannya yang dikatakan biadab di sebuah program realiti I Can See Your Voice Malaysia.
Haqiem bertindak merampas mikrofon dari peserta program tersebut yang menyanyikan lagunya sumbang.
Tindakannya mengundang kecaman netizen kerana dia berkelakuan biadab merampas mikrofon peserta tersebut.
Program tersebut yang berkonsepkan mencari siapa penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang, maka ianya perkara normal apabila ada yang menyanyi sumbang kerana ianya merupakan konsep rancangan tersebut.
Mungkin Haqiem patut belajar untuk mengetahui konsep rancangan dan belajar menghormati orang. Tiada guna berbakat tapi kelakuan tidak dijaga.