Baru-baru ini Kilafairy memuat naik beberapa keping gambar beliau di laman sosial Instagramnya mendapat perhatian netizen.
Beliau memuat naik gambar di majlis pelancaran produk kecantikan jenama antarabangsa dan pakaian yang dipakai oleh beliau menjadi buah mulut netizen.
Rata-rata netizen memuji penampilan Kilafairy yang kelihatan anggun dengan busana yang dipakainya dan beliau kelihatan seperti Kylie Jenner.
Tidak dinafikan bahawa Kilafairy memang kelihatan memukau dan menawan di majlis tersebut. Agak-agaknya apa lah rahsia disebalik kejelitaan beliau ini.