Dato’ Aliff Syukri yang sentiasa berada dalam kontroversi baru-baru ini ditegur kerana memuat naik video tarian yang agak keterlaluan di laman sosial Instagram. Beberapa selebriti terkemuka tanah air malah ibu dan isterinya turut menegur beliau.
Bila mak, isteri dan amy search tegur aliff syukri pasal video menari kat indonesia tu. Kesian juga kat rozita, mak aliff syukri aku tgk. pic.twitter.com/vQACkfR4Yh
— Jane (@SoItsJane) August 21, 2018
Akan tetapi Aliff mengatakan tiada siapa yang memahaminya di posting terbarunya di laman sosial Instagram.
Dato’ Aliff mengakui video berkenaan dibuat adalah atas tuntutan ‘kerja’ dan beliau tidak mahu peminat mengaitkan sebarang perbuatan beliau dengan mana-mana ahli keluarganya.
Mungkin Dato’ Aliff patut mengambil nasihat yang diberikan kepadanya untuk tidak melukakan hati mana-mana pihak dan dirinya sendiri.