Setelah setahun beroperasi, restoran Chef Wan’s Kitchen milik Chef Wan di Esplanade, Singapura ditutup disebabkan beberapa perkara yang berada di luar kawalannya.
Antara sebab utama Chef Wan mahu tutup operasi restorannya di Singapura adalah kerana chefnya yang bekerja di sana tidak menghasilkan masakan mengikut resepinya.
“Lepas ini sudah tidak perlu pening kepala lagi. Bukan kata chef Singapura tak bagus. Tetapi dah berbuih mulut tegur untuk ikut cara saya tetapi tak juga ikut. Saya yang berada di Mandarin Oriental Hotel KL hari-hari buat sajian untuk 800 orang tak jadi masalah pun,” kata Chef Wan.
Beliau turut lega kerana tidak perlu memmikirkan tentang restoran beliau di Singapura berkenaan yang diusahakan oleh beliau dan rakan kongsi dari Singapura. Mungkin tak ada rezeki untuk meluaskan pasaran di Singapura. Mungkin rezeki Chef Wan di tempat lain.