Seorang rakan yang baik ialah rakan yang membimbing ke arah kebaikan. Begitulah yang dilakukan oleh Sharifah Amani apabila namanya dipetik sebagai rakan baik kepada Dira Abu Zahar oleh seorang pengguna Twiiter. Teguran ini tercetus apabila saudara @HaiccalHazim memetik namanya untuk meminta pandangan mengenai tindakan Dira dalam balasan Tweet terhadap Syed Saddiq.
Kak nani why ur friend is like this? @sharifahamani π§
— HaiccalHazim (@HaiccalHazim) May 27, 2018
Sharifah Amani yang terlihat begitu profesional dalam memberi teguran dan menjaga hati sahabat dalam respon tersebut dengan penuh berhemah.
Yelah kau kawan aku. Aku proud bila kau berazam nak jadi pembangkang yg power. Make your family proud. Protect & fight for the rights of women & arts practitioners tapi part hang duk picit picit phone carik pasal tu aku tak faham lah. Org tu nak tengok bola pun tak senang π€¦ββοΈ
— Sharifah Amani (@sharifahamani) May 27, 2018
Tweet berterusan apabila Dira seakan ingin mempertahankan tindakannya dengan mempersoalkan adakah dirinya tidak boleh berbuat demikian sebagaimana tindakan sesetengah orang lain. Berikut pula merupakan respon oleh Sharifah Amani.
Kau sama kan diri kau dengan orang lain? Kalau macam tu argument kita sampai kiamat tak settle nyah. Kau ada bigger things to focus on lah. Jangan compare diri dengan orang yang kau tak suka pun. Kau nak jadi macam dorang ke? Youβre better than that Nyah. Kamon. πͺππͺ
— Sharifah Amani (@sharifahamani) May 27, 2018
Pengguna Twitter yang lain kagum dengan tindakan yang diambil oleh Sharifah Amani untuk tidak mengeruhkan suasana dengan tidak berpihak kepada siapa pun malah memberikan pandangan yang membina kepada seorang rakan.