Pelakon Sharifah Amani menyuarakan pendapat beliau mengenai isu yang membabitkan tayangan ulangan drama atau telefilem yang tidak dibayar royalti di laman sosial Twitter beliau.
Ulang tayang lagi. Ini dah masuk 4 kali dah since raya. Kalau lah dpt royalty takde lah geng production & pelakon semua struggle nak hidup. Tapi tu lah. Nobody cares, pasal kita tak buat gimmick bodoh nak jual diri. Kena jual maruah baru org nak pay attention. Aku tak sanggup. 😞 https://t.co/FLuLEaJeur
— Sharifah Amani (@sharifahamani) July 6, 2018
Isu tersebut sering dibangkitkan oleh rakan artis tapi isu tersebut seringkali tidak dipedulikan oleh orang yang bertanggungjawab termasuk persatuan hiburan yang sepatutnya bertanggungjawab memperjuang masalah yang dihadapi oleh penggiat seni.
Beliau juga mengatakan bahawa, persatuan hiburan yang sedia ada seperti tidak membawa sebarang perubahan apabila permasalahan yang dihadapi oleh penggiat seni tidak dapat diselesaikan.
Bagi penggiat seni, isu royalti ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan punca pendapatan mereka. Jika mereka tidak mendapat royalti, bagaimana mereka harus meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang tidak menentu. Apa-apa pun diharap pihak yang bertanggungjawab akan dapat menyelesaikan isu ini segera.