Vivy Yusof, seorang personaliti yang dikenali ramai dalam bidang fesyen dan bisnes beliau telah memberi inspirasi dan nasihat kepada individu yang mempunyai keinginan dan minat untuk berjaya.
Beliau telah memuat naik pandangan beliau di Instagram bagaimana untuk berjaya dalam hidup.
Beliau berkata lagi, kita haruslah menyukai sesuatu kerja kita sekarang walau apa jua kerja yang kita lakukan dan sekiranya pekerjaan kita sendiri kita tidak suka bagaimana kita hendak berjaya dan maju dalam hidup.
Dalam kehidupan seseorang pasti akan turun dan naik namun sebagai seseorang yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam hidup, dia pasti dapat harungi segala rintangan dan begitu juga dengan Vivy Yusof.
“Wise words..Agree with you 100%..Need to tell that to the younger generation #sisterhood.”
“ Memang deep sangat Vivy..setuju dengan You..💕💕🔥🔥.”
“I agree with you. That is exactly what my believe and practise has been. Always worth it. To me “love what you do” means we are happy doing it and when we are happy, result is easily achieved.”
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan beliau di Instagram dan menjadikan itu satu kata-kata nasihat yang sangat bernas untuk kehidupan yang baik.