Kenyataan usahawan terkenal, Vivy Yusoff di Insta Storynya mendapat pertikaian dari netizen kerana dia mempertikaikan tahap keimanan seseorang dengan mengerjakan ibadah dengan memakai telekung tiruan jenama miliknya, dUCk.
"I cannot brain how people can buy fake telekung to pray also" can someone enlighten me about how fake telekungs affect your prayers? tak sah ke apa? i dont get it? pic.twitter.com/h7iAS4uJ1l
— V ✨ (@vxnssx__) July 31, 2018
Tindakan Vivy Yusoff yang memuat naik gambar dengan caption seperti itu mengundang perhatian orang ramai kerana dia sebagai manusia biasa mempertikaikan ibadah yang orang lain lakukan dengan memakai telekung berjenama tiruan.
Ianya benar menjadi satu kesalahan untuk membeli barang tiruan tapi ianya menjadi satu isu yang sensitif apabila dikaitkan dengan agama.
Jika kita tidak mampu memiliki barang berjenama, kita boleh membeli barang yang sama dan berkualiti dengan harga yang lebih murah dengan membeli barang yang berjenama biasa. Tidak perlulah terlalu ingin tampak bergaya dan mewah membeli barang berjenama tiruan. Tapi siapalah kita untuk mempertikaikan ibadah seseorang itu.