Zarina Zainuddin mendedahkan kisah perkahwinan selama 25 tahun antara dia dan suaminya Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua bukan atas dasar cinta tapi simpati.
Walaupun Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor iaitu madunya memberikan keizinan untuk suami bermadu namun ketika itu dia sedar hati seorang wanita lain hancur berderai ketika dia mencipta bahagia berkahwin waktu itu.
Mengimbau kembali disaat awal perkahwinan mereka, Zarina mengatakan bahawa suaminya lebih mementingkan isteri pertama kerana tiada rasa cinta tapi hanya simpati terhadap dirinya tapi dia tetap bersabar kerana nilai cinta itu mahal dan kini dia bahagia bersama suami dan anak-anaknya.
Benarlah kata Zarina iaitu kita boleh dapat cinta tetapi kita tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah.
Semoga perkahwinan Zarina akan bahagia selamanya dan semoga kita semua akan bertemu jodoh dan bahagia di kemudian hari.