Baru-baru ini nama Zul Ariffin menjadi buah mulut orang ramai kerana tular beberapa gambar yang dipercayai miliknya bersama seorang gadis warganegara asing di Phuket, Thailand.
Zul enggan mengulas tentang identiti gadis tersebut dan tidak berkongsi lebih lanjut mengenai gambar yang dimuat naik olehnya dan gadis tersebut yang dikenali sebagai Tanya Glembotska yang kebetulan berada di lokasi sama pada tempoh yang sama.
Bestnya melancong ke Phuket: Edisi Zul Ripin.
Moralnya, adakah mereka mahram? Sama jantina? Cheapskate utk share sewa hotel ? Atau tumpang lepak je tunggu salah sorang bersiap nak gerak ke mana2? Bincangkan (10m)
*sumber: forum cari (asyik u all je cedok bahan iols ye hahaha) pic.twitter.com/JAm0H01umn
— Jefri Aduba de Janitor (@JefriiMY) July 31, 2018
Zul mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana walau apa pun yang dia katakan takkan mengubah tanggapan orang ramai terhadapnya.
Dia mengenali gadis tersebut ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri bersama jurulatih antarabangsa di sana.
Mungkin ini semua kebetulan, kita haruslah bersangka baik. Jika benar mereka bercinta mungkin nanti Zul akan memberitahu kepada kita.